Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 Lagi : Cukup-cukuplah buat cerita tu.

Assalamualaikum W.B.K.T

Hye peeps! Lama sangat tak update blog ni. Sekarang rasa nak update blog sebab rasa geram dan sakit hati baca status, comments & pendapat orang yang "TAK TAHU APA-APA" pasal pengiraan undi PRU13 baru-baru ni, tiba-tiba buat statement SPR tipu. Sangat tak faham dengan orang yang berlagak pandai ni, orang yang suka tabur fitnah dan orang inilah yang memecahbelahkan kaum Melayu malahan Islam sendiri. Jadi, saya sebagai salah seorang Petugas SPR Kerani Mengira Undi di Pusat Pengiraan Undi yang terakhir terpanggil untuk berkongsi kepada mereka yang tak tahu dan tak faham bagaimana cara pengundian dijalankan. 

Baiklah, dari pandangan saya, apa yang pihak SPR lakukan pada PRU13 kali ini adalah sangat-sangat terperinci dan juga mengikut flow yang cukup mudah dan adil, dimana disetiap Pusat Pengundian, Wakil Calon akan menempatkan Ejen Calon yang DIPILIH SENDIRI oleh SETIAP PARTI sebagai pemerhati di setiap saluran di pusat pengundian. Tugas EJEN CALON ini adalah memerhati setiap apa yang berlaku di saluran yang diperhati. Jika di pusat pengundian itu ada 3 Saluran, bermakna, 3 orang Ejen Calon akan ditempatkan di setiap pusat pengundian dan jika di kawasan itu ada 3 parti yang bertanding, maka, ada 3 orang Ejen Calon yang mewakili setiap PARTI mereka akan ditempatkan di setiap saluran iaitu Saluran 1, Saluran 2 dan Saluran 3. Ejen Calon ini akan berada ditempat kejadian sebagai pemerhati pengundian sepanjang masa pengundian berlangsung iaitu sehingga jam 5 PETANG. 

Kemudian, bagi sesi PENGIRAAN UNDI, pintu akan ditutup, dan orang yang berada setiap saluran itu adalah Petugas SPR yang bertugas sebagai pengira undi dan DIPERHATI oleh EJEN CALON PEMERHATI PENGIRAAN UNDI bagi SETIAP PARTI YANG BERTANDING. Sekali lagi saya nak jelaskan di sini, setiap parti yang bertanding menghantar wakil iaitu EJEN CALON PEMERHATI PENGIRAAN UNDI untuk memerhati proses pengiraan undi itu berlangsung! Oleh itu, setiap undi yang dikira di PERHATI oleh EJEN CALON tersebut. DIPERHATI! Sekali lagi DIPERHATI! 

Setelah selesai pengiraan undi, terdapat Borang 14 yang diisi jumlah pengiraan undi bagi setiap saluran. Kemudian, borang itu akan ditandatangani oleh EJEN CALON yang MEMERHATI pengiraan undi tadi sebagai pengesahan pengiraan undi itu adalah benar! JELAS rakan-rakan sekalian? Setelah Borang 14 tu ditandatangan oleh Ejen Calon, maka kertas undi tidak diperlukan lagi di Pusat Penjumlahan Pengiraan Undi. Cuma, jika terdapat petisyen atau bantahan, peti itu akan dibuka dan dikira semula. Salinan Borang 14 itu juga diberikan kepada setiap ejen calon sebagai bukti pengesahan pengiraan undi tersebut. 

Selesai tugas pengiraan undi di pusat pengundian, Borang 14 dan peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di setiap Parlimen. Di situ, apa yang perlu diserahkan ialah Borang 14 dan kemudian borang ini akan dikira dan disahkan semula jumlahnya oleh RO yang bertugas dan barulah semua data pengiraan itu dimasukkan ke dalam sistem penjumlahan undi untuk penentuan keseluruhan undi dan calon mana yang menang bagi dun dan juga parlimen. Keputusan yang disahkan akan difaks ke SPR untuk pengesahan dan kemudian barulah berlakunya Pengisytiharan atau Pengumuman Keputusan Pilihanraya berlangsung. 

Jadi, jelaslah sistem yang diguna pakai oleh pihak SPR tiada sebarang keraguan. Cuma, anda yang tak tahu tu, cubalah ambil tahu bagaimana sistem ini berjalan, jangan hanya pandai tuduh orang buat penyelewengan saja. Walaubagaimanapun, jika ada sebarang bantahan atau petisyen, pihak yang kalah masih boleh buat sebelum atau semasa Majlis Pengumuman Pilihanraya. Tapi, apa yang berlaku, bila pihak yang kalah dah tahu dia kalah, terus tak hadir sesi pengumuman. Ada sifat TAK PROFESSIONAL di situ. Bila dah tak menang tu, ada saja benda tak kena, cakap SPR uncertain lah, tipulah, itulah, inilah. Lumrah manusia yang berhati busuk, macam tu lah. Tak kiralah, masuk apa-apa pertandingan sekalipun, kalau dah kalah tu, cakap hakim atau pengadil tak adil! Berat sebelah! HAHA. 


Apa-apa pun, saya tak menangkan mana-mana pihak. PRU13 dah pun selesai, menang kalah adat pertandingan. Cuma, apa yang saya harapkan, Islam terutamanya orang Melayu, bersatulah. Saya pasti jika orang Islam bersatu, tak kiralah dia Melayu ke, Cina ke, India ke, yang penting ISLAM, jika bersatu, pasti negara ini akan aman dan damai serta diredhai Allah SWT. Jangan hanya pandai tuding -menuding jari. Apa yang berlaku hari ini, tak kiralah apa-apa parti sekalipun, kesemuanya mempunyai misi yang sama iaitu KUASA. Namun, alangkah indahnya jika kuasa itu dipegang oleh ORANG ISLAM yang menyatukan semua masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira bangsa kerana di sisi Allah SWT, tiada perbezaan yang diletakkan untuk setiap hambaNya walaupun perbezaan warna kulit sekalipun, disisiNya, tetap sama. 

Cukup-cukuplah buat cerita tu. 


Wednesday, October 24, 2012

United Accountant Cup 2012


Salam mesra readers!
Cuti Mid-Sem dah start dah pun! Cepat sangat masa berlalu.
Rasa baru sebulan belajar. Yalah, start kuliah 10 September 2012 and now 24 October 2012.
Almost 2 months!
Naik sem Test berlambak menanti kepulangan kami! Ohh My---

Never mind. Kita lupakan sebentar pasal Test tu sebab kita kena fokus dengan apa yang berlaku sekarang ;
MID-SEM BREAK!!
haha
Ok, bergolek-goleklah assignment menanti untuk disiapkan. >.<

Whatever it was and whoever it is, just follow the flow! 
but must be well prepared mentally and physically!
I'm ready!
for LANGKAWI!!
 31 August - 3 November 2012
with my beloved PMP <3

Stop with the information for today.
Sekarang nak cerita pasal United Accountant Cup 2012 (UAC) yang diadakan di UiTM Jengka, Pahang pada 19 - 21Oktober 2012 yang lalu.
It's quite interesting right? Yaa, of course!
and
I'm one of the participants.
The only Netball in my heart and it's my soul! >.<
Ohhh~~

As usual, lets pictures describe everthing ;



















Tuesday, October 9, 2012

#BEL492 - Test 1!

Salam Peeps! Ketemu lagi kita.
Okay, mode hari ni sangat senang sebab text untuk introduction public speaking BEL dah siap!
Yeehaa!
Tapi mesti anda semua gelakkan dengan tajuk public speaking saya!
Ohh. =.='
I've no choice! Why?
because Madam ask us to give her 5 topics per person. then, my topics ;

1) benefits of early marriage
2) women vs shopping
3) the power of first love - 1st choice
4) the way to create a business for teenagers
5) crying develop motivation - 2nd choice

So, tajuk intro saya "The power of first love"!
HAHA, jiwang sangat. tapi realitinya semua orang akan ada first love, right?
Then, think yourself!

Nak kembalikan mode jiwang untuk present esok!! Ohh My...

Tuesday, October 2, 2012

Like a Baby Steps


Salam, hello peeps.

Dah lama sangat tak update blog ni. Apa yang membuatkan saya "teringat" nak update ; pertamanya, sebab tangan dah kurang kerja. Almaklumlah, time table sem ni agak senggang. 
Lihat di bawah (:

Kedua, sebab banyak benda nak share dengan kalian dan ketiga tiba-tiba kena calonkan diri sebagai ikon atau duta IPT Negeri Melaka. HAHA. over sangat kan.

"Yela, sape lah kite. Kite bese2 je wakk"
Oppss. trademark PMP!
Pemimpin Minggu Pendaftaran (PMP) Sept '12 - Jan '13

Baiklah, kita teruskan dengan point utama "Like a Baby Steps".
Kenapa saya kata macam tu? Sebab sekali lagi saya harus mulakan perjalanan yang baru untuk tempuhi "Part 4" yang penuh ranjau dan duri. =.='
Yaa, as I've mentioned before, last sem saya cuti khas atas sebab masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin ini takdir Tuhan di mana pada awalnya sewaktu Diploma, saya mengambil keputusan untuk teruskan pengajian "fast track" dengan harapan dapatlah tamatkan pengajian dengan waktu yang singkat. Tapi, Allah Maha Berkuasa dan saya redha dengan keputusan ini. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Macam mana pun keadaan, halangan dan cabaran, InsyaAllah, saya akan tempuhi dengan tabah dan sabar!
Chaiyokk!! ^o^


Sebab apa?? sebab permulaan semester ni sangat-sangatlah "awesome" !!
Semester Sept '12 - Jan '13 dimulakan dengan tugas sebagai Pemimpin Minggu Pendaftaran (PMP) atau dengan kata lain "fasilitator".
PMP kali ni memang TERBAIK, MANTOPP. haha

Lets me show you; as evidences
how awesome they are.
 "mental traumatized"
gerak kerja PMP

Riadah

Photoshoot time!


Semua itu membuatkan semangat saya kuat untuk teruskan perjuangan sebagai Mahasiswi UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya dan juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).

Seronok join PMP ni, for those students KBM, you should try to apply PMP then you will know what is leadership actually. Trust me, you should spend your time with PMP, and then you will get superb experiences and be an expert critical thinker.

Hmm, itu permulaan kisah seorang PMP. Tapi pada tugas hakiki saya ialah sebagai pelajar. Jadi langkah permulaan sebagai Pelajar "Part 4" BACC, saya perlu mulakan dengan azam baru melalui perjalanan lama. haha. metafora sangat. Kesimpulannya, belajar ghajin-ghajin lah yekk!!

8 subjects!
BAB 401 - Bahasa Arab
BEL 492 - Public Speaking
CRG 520 - Business & Professional Ethics
CTU 553 - Hubungan Etnik
FAR 400 - Principles & Application of Reporting Standards
MAF 420 - Management Accounting & Control
MGT 534 - Organizational Behaviour
PSA 420 - Public Sector Accounting

So, all the best!
Wish me luck and get the high pointer
and
highly performance.

See you daa

Thursday, August 16, 2012

Posto! Posto!

Salam peeps!
Post kali ni semata-mata nak ucapkan Salam Aidilfitri.
Over sangatkan? Lambat lagi nak raya. Tapi nak wish jugak!
^o^

Sunday, May 27, 2012

#My Second Time#

Salam,hye readers!
Maaf sebab dah lama tak update blog ni. Kesibukan yang melampau di kampus. Untunglah ada cuti seminggu ni, dapatlah rehatkan diri. Cuti mid sem yang lepas, Farah tak balik pun sebab ada team building dan training netball untuk Open UiTM KAG dan Open UTEM. Untuk sekian kalinya UiTM KBM hantar netball group ke tournament inter-university (Open UiTM KAG) dan untuk percubaan pertama kami dapat masuk semi final. Alhamdulillah. Second tournament di UTEM, ini under Majlis Sukan Negeri Melaka dan Alhamdulillah kami dapat tempat Ke-3 dan UiTM KAG dapat tempat pertama.

Lately, aktiviti terlampau sibuk dengan event kelab and training netball sampai kesakitan badan terabai. Tambah dengan title "Pelajar Bachelor in Accounting Part 4" yang dipadatkan dengan 8 subjects and the killer paper untuk accounting student ; FAR400! Fuhhh~~ Memang berjoget-jogetlahkan. HAHA

Ok, actually Farah nak cerita kenapa Farah kena tahan wad 3hari. Sebenarnya, sehari sebelum kejadian ada event Kejohanan Raja Futsal KBM, so kami sebagai organizer kenalah berkerja sebaik mungkin. Tapi, before hari kejadian lagi sebenarnya badan ni dah terasa sakit-sakit. 

Oleh sebab tak ada rehat since jadi PMP bulan Mac lepas, kekebalan diri ni akhirnya surrender dan pada hari Isnin, 21 Mei 2012 jam 6.15pagi Farah sedar dan cuba nak bangun, tapi tak berdaya. Badan terus jadi kaku, hanya tangan kanan yang mampu bergerak, nak bersuara pun tak terdaya rasanya. Hanya kerdipan mata dan linangan air mata yang meluahkan rasa betapa sakitnya badan ni. Hanya Allah SWT yang tahu. Roomate Farah tak perasan keadaan Farah masa tu, dan nasib baik Aima jenguk Farah. Mungkin dia pelik kenapa Farah tak bangun-bangun sebab kami ada kelas 8.30 pagi tu and Aima buat keputusan untuk call Puan Maya (Pen Pengurus Asrama). Tak lama tu, ambulans sampai dan diorang cuba nak angkat Farah, tapi tak boleh sebab melibatkan bahagian tulang belakang.

Sampai di klinik UiTM, dapat 1 injection and 1 tablet ubat saraf tapi langsung tak kurang kekejangan badan tu. Masa tu Farah less sensation, which is weakness or numbress on my left hand and leg. So, doctor decided to referred me to the hospital. Sampai di hospital sekali lagi saya dihadiahkan 1 injection and doctors tried to solve my issues. Farah pergi X-ray, kena ambil darah, kena ketuk tulang and everything sampai pukul 1.30 petang barulah admission to orthopedic ward. Yaa, I've thoracic scoliosis.
mild thoracic scoliosis

But all the numbress and weakness that I got are not the symptoms for thoracic scoliosis. Then, doctors decided to give me CECT Scan. Scan my brain and thankful, everything is okay. He checked up my eyes and there is nothing problems happened. Till now they didn't know what happened to me actually and now I've to go to DNA session. Hopefully, everything okay. Readers, du'a for me yaa. Thank you to all my friends always support me. Love you!
my classmates


Tuesday, February 21, 2012

NSC-9#

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

Semester yang begitu kuat memberi aku tekanan berlalu dengan begitu sinis dan sadis. Banyak ujian yang Engkau berikan padaku waktu itu, Alhamdulillah. Kau balasnya dengan RahmatMu. Aku bersyukur, Ya Allah. Aku terima ia setimpal dengan apa yang ku ikhtiarkan. Terima kasih, Ya Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika itu, hampir aku terjatuh dek tekanan masa dan kata-kata. Ternyata semua itu membuatkan aku terduduk kaku dan sayu. Masih terngiang-ngiang di cupingku, suaramu yang menyelimuti tubuh setiap waktu. Ya Allah, ternyata aku kalah dengan kata-kata itu, yang membuatku hilang pedoman hidupku, membuat aku terus merintih kepadaMu. Dia yang awalnya, aku bangga dengan kehadirannya. Rasa hormat menebal di dalam dada, akhirnya hilang begitu sahaja oleh kerana kata-kata. Sungguh pedih untuk kami berdua.

Bukan kami tak endahkan pelajaran kami, bukan kami mengejar jawatan tinggi. Tetapi, kami cuba memenuhi amanahMu, Ya Rabb. Amanah yang Engkau berikan kepada kami, disalah ertikan oleh mereka. Kami cuba bangkit, tetapi kehendakMu lebih utama. Nikmat kesihatanku, ditarik semula. Aku redha, Ya Allah. 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini, Engkau kembalikan keceriaan kami. Engkau telah tunjukkan kepada mereka, walaupun kami "membuang masa" dengan aktiviti yang "TIDAK BERFAEDAH" kami juga mampu berjaya. Terima kasih, Ya Allah.

Ya Allah, Ya Rabb. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Kau permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya. Aminn. Syukran.