Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.
Semester yang begitu kuat memberi aku tekanan berlalu dengan begitu sinis dan sadis. Banyak ujian yang Engkau berikan padaku waktu itu, Alhamdulillah. Kau balasnya dengan RahmatMu. Aku bersyukur, Ya Allah. Aku terima ia setimpal dengan apa yang ku ikhtiarkan. Terima kasih, Ya Allah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika itu, hampir aku terjatuh dek tekanan masa dan kata-kata. Ternyata semua itu membuatkan aku terduduk kaku dan sayu. Masih terngiang-ngiang di cupingku, suaramu yang menyelimuti tubuh setiap waktu. Ya Allah, ternyata aku kalah dengan kata-kata itu, yang membuatku hilang pedoman hidupku, membuat aku terus merintih kepadaMu. Dia yang awalnya, aku bangga dengan kehadirannya. Rasa hormat menebal di dalam dada, akhirnya hilang begitu sahaja oleh kerana kata-kata. Sungguh pedih untuk kami berdua.
Bukan kami tak endahkan pelajaran kami, bukan kami mengejar jawatan tinggi. Tetapi, kami cuba memenuhi amanahMu, Ya Rabb. Amanah yang Engkau berikan kepada kami, disalah ertikan oleh mereka. Kami cuba bangkit, tetapi kehendakMu lebih utama. Nikmat kesihatanku, ditarik semula. Aku redha, Ya Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini, Engkau kembalikan keceriaan kami. Engkau telah tunjukkan kepada mereka, walaupun kami "membuang masa" dengan aktiviti yang "TIDAK BERFAEDAH" kami juga mampu berjaya. Terima kasih, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Rabb. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Kau permudahkanlah segala urusanku. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya. Aminn. Syukran.
No comments:
Post a Comment