Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Monday, July 25, 2011

Tunang?

Salam, Hollas My Leb-Leb!

Ok,semangat jari jemari nak sudah kembali! Ohh, tidakk! Mungkin jari ni dah kurang kerja kot. =.=' Orang selalu cakap, mulut orang jangan percaya. Tapi sekarang bukan mulut yang cakap, tapi jari. So korang percaya tak? HAHA. Cuba bayangkan mulut tu banyak macam jari! Ohh, pekak telingakan! Mana satu yang nak dengar? Mana satu betul? Sedangkan 1mulut pun tak boleh nak kawal, 1mulut ni jugaklah ternak bergunung dosa. Ya Allah, Na'uzubillah.
 

Ohh, sememangnya jari ni tak boleh nak kawal bila nampak keyboard. Semua benda nak tekan! Dah lari tajuk dah ni. Enuff Miss Fingers!

Nampak tak tittle RF tu? Yelah, tunang! TUNANG **(perlu ke bold ni?) HAHA. Ok, memang tunang. Tapi bukan pasal RF lah. Pasal kawan RF. Dia dah nak tunang dah! Wahh, tahniah! Hmm, inilah jodoh kan. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya awak kembali juga pada si dia. Alhamdulillah. Semuanya tak boleh dijangka. Kalau dah Allah tentukan, perang besar macam mana sekalipun, kalau itu jodoh awak, itulah jugak. Walaupun masih belajar, tak salahkan. Itu lebih baik. Apa-apa pun,Tahniah! Tak sangka.Tup Tup dah nak tunang! Wahh. wink wink~ (aku pulak yang gatal) =.='


 
Alhamdulillah, semoga berkat pertunangan ni menguatkan lagi ikatan suci dua hati. **ayat aku!HAHA.
Tapi trend zaman sekarang, tunang pun duit nak kena ada. Kalau tak berKEPOK tu, harapanlah. Ye lah, mana taknya. Cuba tengok, sekarang bertunang pun dah ada PELAMIN! 
 
 
Cantikkan? Macam orang kahwin pulak. Tak-tak RM3,000 mesti ada dalam tangan untuk pelamin tu. Itu baru pelamin je. Belum hantaran, makan, baju && etc. Ok, kalau macam ni RF nak kena cari sponsor la. anyone?Hee~ Yela, bukannya selalu pun kan, seumur hidup sekali. Tapi kalau tunang banyak kali tu? HAHA. Jangan cakap tunanglah, kahwin tu pun sama jugakkan?

Kalau nak diikutkan kawan RF ramai juga yang dah kahwin, dah ada anak lagi. Cepat betul masa berlalukan. Dulu kat sekolah, kawan RF tu macam anti lelaki je RF tengok. Tapi, dengar cerita dia yang kahwin dulu. HAHA. Kuasa Allah, kita tak tahukan. Dah sampai seru dia. Alhamdulillah. Semoga korang bahagia. Amin.

Bila cakap pasal tunang ni, memang tak lari dari dugaankan? Even before tunang pun dah bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi, lagilah tunang && of course la bila di alam rumah escalator. Fuhh~~ 
Kesabaran tu sangat-sangat penting! Kekuatan fizikal && mental juga kena cukup untuk kekalkan ikatan suci tu. Silap langkah, memang padah. Kalau tengok orang dulu-dulu, lagilah. Jodoh semua parents yang pilih. Tau-tau je dah kahwin? Ehh. Lagilah kan. Tapi, atas dasar itu jugalah jodoh mereka berpanjangan, bahagia. Kan? Anda prefer mana? Parent's choice or yours? Mostly, yours right? HAHA, jangan tipu.

Kalaulah RF diberi pilihan, RF pun nak juga impikan satu majlis yang gilang gemilang. Kalau boleh nak jemput semua orang. Hoii,hoii orang kampung jemputlah datang!HAHA. Lepas tu, RF nak minta hantaran ikut tarikh birthday RM 27,119.10 (macam kena tambah lagi 1 angka je)HAHA. Ya lah, siapa yang tak nak majlis gilang gemilangkan? Kenduri 7hari 7malam. Macam fairytale punya majlis. Itulah saat paling bahagia, permulaan sebuah ikatan yang sah.Demand kan? Habislah lepas ni, semua orang lari tak nak kawan dengan RF. Huhu. Tapi itu semua angan-angan je. Adalah lebih elok kalau kita bersederhana. Kan?kan? =.='
Tak perlulah nak lawan orang ni, lawan orang tu, majlis siapa lagi besar. Tapi, at last, gaduh, cerai! Ya Allah, minta dijauhkan.

Opss! dah masuk cerita kahwin pulak. Kan dah cakap, jari jemari ni memang pantang nampak keyboard! Kalau dibiarkan, habis semua cerita munakahat keluar kat sini. **tiba-tiba salahkan jari. =.='
Cukuplah sampai sini, kalau tak ada jugak mengarut sampai pagi! >.<

By the way, tahniah kawan! Tak sabar pulak nak tunggu hari indah kamu tu. Hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya berjalan lancar. Aminn. I'll be by your side, dear.
^o^


No comments: