Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Hollas Lolitass!
Hollas Lolitass!
Macam mana Ramadhan tahun ni? Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah. :)
Ok, RF nak sambung entry yang sebelum ni. Hari-hari yang awesome la kononnya kan. Title je nak lebih. =.='
Oraitt, after RF settle kan CLEARANCE RF di UiTM JOHOR tu, RF bergegas balik Melaka. Tiket pukul 5.30 petang! Buat kali terakhirnya RF pilih untuk pergi ke bus stand Segamat menaiki "AVANZA KUNING"!! HAHA Mesti korang bayangkan Toyota Avanza warna kuning kan? Dah macam BERSIH pulak. Ok, tidak sama sekali!Avanza Kuning tu merujuk kepada BAS SEKOLAH!
Ya, inilah yang RF maksudkan. =.=
Kenapa Avanza Kuning, RF pernah cerita dalam entry sebelum ni.
Cuba scroll ke bawah dan cari entry tahun 2009. >.<
Ok, memang dah lama sangat. HEHE
Back to the story, RF sampai kat bus stand tu pukul 5.00petang. So,ada setengah jam je lagi nak tunggu bas MARA LINER! After 30 minutes, kelibat bus MARA Liner pun tak ada! Ohh, "aku kena tinggal ke?"
Dah la nak cari bas ke Melaka pun susah kat Segamat tu. RF cuba ringankan mulut, tanya dengan sorang aunty (India),
RF : "Aunty tunggu bas MARA ke?"
AI : "Ya, ini sudah 10 minit lambat. Saya dah tunggu 1jam, tapi bas tu tak ada juga. Melaka dekat mana?
Saya nak balik Taman Merdeka, rumah anak saya."
RF : "Ohh,saya nak balik Taman Kenanga."
Ada juga kawan, RF ingatkan kena tinggal. Huhu. Pukul 6.07petang barulah bas tu sampai! Lambat sungguh!
Then, sampai di MC, solat && cari lilin. HAHA. Ok, fine. Memang rumah sewa RF tak ada current. Huhu
Maklum la, dah cuti ni kan. Current pun cutilah, tak balik membazir tau. Jimat.
Mula-mula tu risau juga nak duduk rumah sorang-sorang, dah la gelap gelita. Tapi, RF cuba beranikan diri yang kurang berani ni. Akibat terlalu bosan dan kepenatan, RF pun tidur dengan lenanya.HAHA
Next day, RF selesaikan hal-hal yang sepatutnya. Petang tu, katanya TNB nak hantar orang untuk sambung balik current. Tapi, entah apa yang dia betulkan agaknya. Rumah tu belum ada NUR! Sekali lagi RF bergelap. Dengan bateri phone yang low. Sobb2~~ T.T (sedih tau ite)
Niat hati nak swimming, tapi disebabkan nafsu tidur tu lebih menguasai diri. Terpaksalah cancel, lagipun tak ada geng. Dan dengan ehsan CAPA, aku makan kau punya cereal buat breakfast. HEHE. Thank you Capaa. :P
Before balik BP, sempat juga RF round bandar Melaka kejap dengan adik-adik. Then, tersinggahlah dekat Padini DP. Tengah asyik pilih baju, ada sorang lelaki (Xman) && boleh tahan hensem datang dekat. Dia sapa adik lelaki RF (mizi).
Xman : "Assalamualaikum, bang. Nak minta tolong sikit boleh? Nak pinjam dia(RF) sekejap."
Mizi : "Waalaikumussalam, hah? Ada apa?
RF terkejut && bulat biji mata tengok lelaki tu. Ohh Emm Gee! =.=
Xman : "Ehh, tak. tak. saya nak minta tolong ukurkan saiz baju ni, sebab badan dia lebih kurang awak. Boleh tak kalau pakai baju ni sekejap?"
RF : "Ohh, tak pe, muatlah baju ni. Tak payah try."
Xman : " Ke awak nak charge? Saya boleh bayar."
RF : "Ehh, tak pe. Tak pe. Ok,saya cuba"
RF pun pergilah fitting room, dan sayangnya ramai gila yang Q. Iye la, tengah sales! HAHA. So, tak jadilah try baju tu. Adik RF cakap Xman tu nak bagi baju tu pada isteri dia. Ok, fine, dah berpunya rupanya. (gatal) HAHA. Sweet kan dia belikan isteri dia baju. @.@ Nak suami macam tu boleh? HAHA.
HARI-HARI YANG AWESOME RF berlalu begitu sahaja. Nothing special, tapi inilah yang RF nak share dengan anda. Huhu. Keep reading ya.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
No comments:
Post a Comment