Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Monday, August 22, 2011

I said

Salam Ramadhan peeps! :)

Pejam celik pejam celik tinggal 7 hari je lagi kita nak sambut Syawal. Kalau ikutkan hari, dah masuk 7 likur. Tapi, satu pelita pun belum terpasang kat rumah ni. Hujanlah. Huhu. Kerja cat rumah pun belum settle lagi. huhu.

Ok, RF tahu sekarang ni memang tengah hangat kawan-kawan RF celoteh pasal Mr Right RF tu. (PERASAN kejap). Mesti korang baca dalam entry sebelum ni kan? Yeaahh, tak kesahlah. Kadang-kadang tu, kita tak bolehlah nak puaskan hati orang dan ikut kehendak mereka, bukan dia yang tentukan hidup kitakan? Kita sendiri yang membentuk ke mana arah corak kehidupan kita, dan yang pasti Allah SWT telah tetapkan segalanya. Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan diiringi dengan tawakal padaNYA.

Then, sekarang RF sendiri cuba mencorak kehidupan RF. yahh, fer sure korang pun buat benda yang samakan? andd, of course korang ada matlamat yang perlu dicapai. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita nak capai matlamat tu. Tak semua orang bernasib baik dan tak semua orang bernasib tak baik. Semua orang cakap hidup ni macam roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Cuma masa yang menentukan. Jadi tak perlulah mengkritik dan menilai orang sesuka hati. Kita semua sama je.

RF cuma tulis apa yang terlintas dihati ni. Tak ada motif lain melainkan apa yang tertaip ni. HAHA. Hmm, sikap ni kadang-kadang buat kita gembira, suka, tertarik, tergoda. Dann kerana sikap juga buat kita benci, merana, terseksa dan segala TERRR lah. Semua orang ada perwatakan masing-masing. Memang tak boleh dinafikan kalau dah memang cara orang tu macam tu, tetaplah macam tu. Memang tak boleh ubah melainkan dia yang berusaha untuk mengubah diri dia sendiri, dapat NUR mungkin. HEHE. Dann RF ada terbaca satu artikel ni, penulis tu kata lelaki akan cenderung dan mula untuk berubah jika dia berjumpa dengan cinta sejati dan si gadis tu akan buat dia berubah daripada sikap yang negatif kepada positif. Great, right? Kalau cenderung kepada sifat-sifat optimis tu, Alhamdulillah dan harap tak jadi sebaliknyalah kan. ^o^

RF bukan nak cakap RF berjaya ubah Mr Right RF, tapi pada pendapat RF sendirilah. Kan lebih elok kalau dia jadi diri dia sendiri. Sebab ikut kata hati RF, kenapa kita perlu ubah orang mengikut kehendak kita sendiri? Bukan ke apa yang kita corakkan itu adalah pantulan diri kita?bukan diri dia. Dan nampaklah yang kita ni tak boleh terima si dia seadanya. It's merely an opinion. Just be yourself. Tak perlulah terlalu hipokrit semata-mata untuk memuaskan hati orang lain, sedangkan hati sendiri terseksa. Yahh, I admit sometimes hipokrit itu perlu. Huhu.


p/s : Then, sebab tu la ite selalu bagitau awak, ite suka awak sebab awak adalah awak  dan bukan yang lain.
Love you more && morre! :)

Friday, August 19, 2011

Mr Right :)

Salam Ramadhan people :)

Sekejap je rasa dah nak habis Ramadhan kan. Hmm, mesti sedih kan. T.T So, apa persiapan raya kali ni? Dah siap? RF belum lagi. Dah jadi rutin, beli baju last minute. Baru ada feel nak raya.HAHA

Dear, apa yang RIGHT tu yea? Huhu. Agak-agak? Ok, yess. I'm in love. FULLSTOP.
Tak kesahlah kalau one of you ada yang tak suka, yang penting RF suka. Mesti ada yang cakap RF ni gatal, miang && whatever la kan. So, thats why i wrote "Mulut orang memang senang && sedap bila berkata-kata, tapi dia tahu ke apa yang dia kata?" on my wall. Anddd, do I care?? Tiba-tiba nak EMO pulak RF ni.HAHA

Yeaa, macam mana pun dia, RF suka dia sebab dia adalah dia. :) 

Yupp, dia. :)
My "Abang Long Kang" HEHE

Ok, cukup-cukuplah pandang picture ni.

P/S : Happy Eid Al-Fitr ^o^

Tuesday, August 2, 2011

Entry untuk Capa!

Salam Eid, Capp! Salam Ramadhan, Lolitass.
HAHA

Ok, Capp. Aku sentap baca entry kau tu. Sedih tau kau buat entry macam tu. Huuaa~~
Betul, banyak kenangan kita kat kenanga tu. Even, kita baru kenal, tapi aku happy dapat housemates macam korang semua. Banyak benda kita hadapi bersama, lagi-lagi bila dah hujung sem. (ayat aku jiwang tak Capp?) HAHA

Kalau boleh, aku pun tak nak pindah Capp. Aku usahakan untuk tak pindah. Aku cuba, sebab sekarang ni macam ada masalah sikit nak pindah tu. Sewa mahal, budak-budak aku semua tak setuju kitaorang kena pindah situ. HAHA. Aku pun,Capp. Kalau pindah situ habislah budget COOLBLOG aku, Capp. T.T
Nanti tak dapatlah aku bawak kau merempit semata-mata nak beli Coolblog! Sobb2~~

Capp, kalau aku pindah nanti tak dapatlah aku nak terjah bilik kau, gossip-gossip. T.T
Tak best la macam tu. Nak story mory. =.=
Even, awal sem dulu aku macam tak banyak cakap dengan korang kan. Tapi, aku tetap nak cakap.
Cuma masa je jealous dengan kita kan?kan?
Kalau time ada kelas tu, pagi memang susahlah nak nampak muka. Malam kang barulah aku balik, dapatlah berbual kejap. Kecoh 1rumah tu kan.

Tapi aku lebih suka hujung minggu! Masing-masing dengan perangai dia. HAHA Dah tengahari baru bangun, dengan muka lapar. Nasiblah ada Chitot, selalu ugut kita nak makan kan? So, terpaksalah pinjam motor Siti, pegi pasar kejap beli lauk.
Balik, aku dengan Chitot masak, Kau && Ina buat air, Erni && Aina tolong kemas-kemas.Pastu kita makan ramai-ramai. Sedapnya. Aku rindu time tu! Kalau dah malas sangat nak masak, masing-masing keluarkan MAGGI! HAHA, tak senonoh betulkan kita. :P Iye lah, time stok maggi banyak boleh lah kan.

Petang-petang sikit, kalau hari Sabtu tu, layan Bollywood TV3 sama-sama sambil makan biskut cicah air Teh O kalau kaya sikit adalah air Milo kan. Tak pun kalau rajin tu datang, adalah cengkodok bilis, fries ataupun nugget && agak-agak terlebih kaya, order McD delivery. Ini dah kira malas && lapar tahap dewa. =.=' HAHA



Kalau dah terlebih rajin tu, sibuk duk buat makan banyak-banyak, ajak kaum kenanga makan kat depan playground tu. Saja buat bising. HAHA. Menyirap je jiran-jiran lain kan.

Nasi lemak!


Time belajar tu bila ekk?HAHA. Macam tak ada je kan? Kalau nak nampak time belajar tu, bila masing-masing ada quiz, test && final je la. Adoii.

Cuma ada yang kita tak pernah buat sama-sama!
bergambar && hang out
Over night lagi lah tak pernah. Wayang jangan cakaplah kan. T.T

kat dalam lappy aku ni punyalah banyak gambar, tapi gambar kita berenam 1 pun tak ada kan? Sobb2~
Ok, naik sem ni aku janji yang kita plan nak berkayak, wall climbing tu semua on!!
Kita hang out sama-sama.

Capp, kalau aku pindah nanti sapa nak ajar aku pakai pashmina macam Hanna Tajima tu? Sapa nak jadi TAIKO aku? SIFU aku?
Aku tak nak pindahlah.
Tak jadi ok?

p/s : Rindu korang semua! >.<

HARI-HARI YANG AWESOME (part 2)

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Hollas Lolitass!

Macam mana Ramadhan tahun ni? Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah. :)
Ok, RF nak sambung entry yang sebelum ni. Hari-hari yang awesome la kononnya kan. Title je nak lebih. =.='
Oraitt, after RF settle kan CLEARANCE RF di UiTM JOHOR tu, RF bergegas balik Melaka. Tiket pukul 5.30 petang! Buat kali terakhirnya RF pilih untuk pergi ke bus stand Segamat menaiki "AVANZA KUNING"!! HAHA Mesti korang bayangkan Toyota Avanza warna kuning kan? Dah macam BERSIH pulak. Ok, tidak sama sekali!Avanza Kuning tu merujuk kepada BAS SEKOLAH!

Ya, inilah yang RF maksudkan. =.=
Kenapa Avanza Kuning, RF pernah cerita dalam entry sebelum ni.
Cuba scroll ke bawah dan cari entry tahun 2009. >.<
Ok, memang dah lama sangat. HEHE

Back to the story, RF sampai kat bus stand tu pukul 5.00petang. So,ada setengah jam je lagi nak tunggu bas MARA LINER! After 30 minutes, kelibat bus MARA Liner pun tak ada! Ohh, "aku kena tinggal ke?"
Dah la nak cari bas ke Melaka pun susah kat Segamat tu. RF cuba ringankan mulut, tanya dengan sorang aunty (India), 

RF : "Aunty tunggu bas MARA ke?"
AI : "Ya, ini sudah 10 minit lambat. Saya dah tunggu 1jam, tapi bas tu tak ada juga. Melaka dekat mana?
Saya nak balik Taman Merdeka, rumah anak saya."
RF : "Ohh,saya nak balik Taman Kenanga."
Ada juga kawan, RF ingatkan kena tinggal. Huhu. Pukul 6.07petang barulah bas tu sampai! Lambat sungguh! 

Then, sampai di MC, solat && cari lilin. HAHA. Ok, fine. Memang rumah sewa RF tak ada current. Huhu
Maklum la, dah cuti ni kan. Current pun cutilah, tak balik membazir tau. Jimat.
Mula-mula tu risau juga nak duduk rumah sorang-sorang, dah la gelap gelita. Tapi, RF cuba beranikan diri yang kurang berani ni. Akibat terlalu bosan dan kepenatan, RF pun tidur dengan lenanya.HAHA


Next day, RF selesaikan hal-hal yang sepatutnya. Petang tu, katanya TNB nak hantar orang untuk sambung balik current. Tapi, entah apa yang dia betulkan agaknya. Rumah tu belum ada NUR! Sekali lagi RF bergelap. Dengan bateri phone yang low. Sobb2~~ T.T (sedih tau ite) 

Niat hati nak swimming, tapi disebabkan nafsu tidur tu lebih menguasai diri. Terpaksalah cancel, lagipun tak ada geng. Dan dengan ehsan CAPA, aku makan kau punya cereal buat breakfast. HEHE. Thank you Capaa. :P

Before balik BP, sempat juga RF round bandar Melaka kejap dengan adik-adik. Then, tersinggahlah dekat Padini DP. Tengah asyik pilih baju, ada sorang lelaki (Xman) && boleh tahan hensem datang dekat. Dia sapa adik lelaki RF (mizi).




Xman : "Assalamualaikum, bang. Nak minta tolong sikit boleh? Nak pinjam dia(RF) sekejap."
 Mizi : "Waalaikumussalam, hah? Ada apa?

RF terkejut && bulat biji mata tengok lelaki tu. Ohh Emm Gee! =.=

Xman : "Ehh, tak. tak. saya nak minta tolong ukurkan saiz baju ni, sebab badan dia lebih kurang awak. Boleh tak kalau pakai baju ni sekejap?"
RF : "Ohh, tak pe, muatlah baju ni. Tak payah try."
Xman : " Ke awak nak charge? Saya boleh bayar."
RF : "Ehh, tak pe. Tak pe. Ok,saya cuba"

RF pun pergilah fitting room, dan sayangnya ramai gila yang Q. Iye la, tengah sales! HAHA. So, tak jadilah try baju tu. Adik RF cakap Xman tu nak bagi baju tu pada isteri dia. Ok, fine, dah berpunya rupanya. (gatal) HAHA. Sweet kan dia belikan isteri dia baju. @.@ Nak suami macam tu boleh? HAHA.

HARI-HARI YANG AWESOME RF berlalu begitu sahaja. Nothing special, tapi inilah yang RF nak share dengan anda. Huhu. Keep reading ya.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.