Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 Lagi : Cukup-cukuplah buat cerita tu.

Assalamualaikum W.B.K.T

Hye peeps! Lama sangat tak update blog ni. Sekarang rasa nak update blog sebab rasa geram dan sakit hati baca status, comments & pendapat orang yang "TAK TAHU APA-APA" pasal pengiraan undi PRU13 baru-baru ni, tiba-tiba buat statement SPR tipu. Sangat tak faham dengan orang yang berlagak pandai ni, orang yang suka tabur fitnah dan orang inilah yang memecahbelahkan kaum Melayu malahan Islam sendiri. Jadi, saya sebagai salah seorang Petugas SPR Kerani Mengira Undi di Pusat Pengiraan Undi yang terakhir terpanggil untuk berkongsi kepada mereka yang tak tahu dan tak faham bagaimana cara pengundian dijalankan. 

Baiklah, dari pandangan saya, apa yang pihak SPR lakukan pada PRU13 kali ini adalah sangat-sangat terperinci dan juga mengikut flow yang cukup mudah dan adil, dimana disetiap Pusat Pengundian, Wakil Calon akan menempatkan Ejen Calon yang DIPILIH SENDIRI oleh SETIAP PARTI sebagai pemerhati di setiap saluran di pusat pengundian. Tugas EJEN CALON ini adalah memerhati setiap apa yang berlaku di saluran yang diperhati. Jika di pusat pengundian itu ada 3 Saluran, bermakna, 3 orang Ejen Calon akan ditempatkan di setiap pusat pengundian dan jika di kawasan itu ada 3 parti yang bertanding, maka, ada 3 orang Ejen Calon yang mewakili setiap PARTI mereka akan ditempatkan di setiap saluran iaitu Saluran 1, Saluran 2 dan Saluran 3. Ejen Calon ini akan berada ditempat kejadian sebagai pemerhati pengundian sepanjang masa pengundian berlangsung iaitu sehingga jam 5 PETANG. 

Kemudian, bagi sesi PENGIRAAN UNDI, pintu akan ditutup, dan orang yang berada setiap saluran itu adalah Petugas SPR yang bertugas sebagai pengira undi dan DIPERHATI oleh EJEN CALON PEMERHATI PENGIRAAN UNDI bagi SETIAP PARTI YANG BERTANDING. Sekali lagi saya nak jelaskan di sini, setiap parti yang bertanding menghantar wakil iaitu EJEN CALON PEMERHATI PENGIRAAN UNDI untuk memerhati proses pengiraan undi itu berlangsung! Oleh itu, setiap undi yang dikira di PERHATI oleh EJEN CALON tersebut. DIPERHATI! Sekali lagi DIPERHATI! 

Setelah selesai pengiraan undi, terdapat Borang 14 yang diisi jumlah pengiraan undi bagi setiap saluran. Kemudian, borang itu akan ditandatangani oleh EJEN CALON yang MEMERHATI pengiraan undi tadi sebagai pengesahan pengiraan undi itu adalah benar! JELAS rakan-rakan sekalian? Setelah Borang 14 tu ditandatangan oleh Ejen Calon, maka kertas undi tidak diperlukan lagi di Pusat Penjumlahan Pengiraan Undi. Cuma, jika terdapat petisyen atau bantahan, peti itu akan dibuka dan dikira semula. Salinan Borang 14 itu juga diberikan kepada setiap ejen calon sebagai bukti pengesahan pengiraan undi tersebut. 

Selesai tugas pengiraan undi di pusat pengundian, Borang 14 dan peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di setiap Parlimen. Di situ, apa yang perlu diserahkan ialah Borang 14 dan kemudian borang ini akan dikira dan disahkan semula jumlahnya oleh RO yang bertugas dan barulah semua data pengiraan itu dimasukkan ke dalam sistem penjumlahan undi untuk penentuan keseluruhan undi dan calon mana yang menang bagi dun dan juga parlimen. Keputusan yang disahkan akan difaks ke SPR untuk pengesahan dan kemudian barulah berlakunya Pengisytiharan atau Pengumuman Keputusan Pilihanraya berlangsung. 

Jadi, jelaslah sistem yang diguna pakai oleh pihak SPR tiada sebarang keraguan. Cuma, anda yang tak tahu tu, cubalah ambil tahu bagaimana sistem ini berjalan, jangan hanya pandai tuduh orang buat penyelewengan saja. Walaubagaimanapun, jika ada sebarang bantahan atau petisyen, pihak yang kalah masih boleh buat sebelum atau semasa Majlis Pengumuman Pilihanraya. Tapi, apa yang berlaku, bila pihak yang kalah dah tahu dia kalah, terus tak hadir sesi pengumuman. Ada sifat TAK PROFESSIONAL di situ. Bila dah tak menang tu, ada saja benda tak kena, cakap SPR uncertain lah, tipulah, itulah, inilah. Lumrah manusia yang berhati busuk, macam tu lah. Tak kiralah, masuk apa-apa pertandingan sekalipun, kalau dah kalah tu, cakap hakim atau pengadil tak adil! Berat sebelah! HAHA. 


Apa-apa pun, saya tak menangkan mana-mana pihak. PRU13 dah pun selesai, menang kalah adat pertandingan. Cuma, apa yang saya harapkan, Islam terutamanya orang Melayu, bersatulah. Saya pasti jika orang Islam bersatu, tak kiralah dia Melayu ke, Cina ke, India ke, yang penting ISLAM, jika bersatu, pasti negara ini akan aman dan damai serta diredhai Allah SWT. Jangan hanya pandai tuding -menuding jari. Apa yang berlaku hari ini, tak kiralah apa-apa parti sekalipun, kesemuanya mempunyai misi yang sama iaitu KUASA. Namun, alangkah indahnya jika kuasa itu dipegang oleh ORANG ISLAM yang menyatukan semua masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira bangsa kerana di sisi Allah SWT, tiada perbezaan yang diletakkan untuk setiap hambaNya walaupun perbezaan warna kulit sekalipun, disisiNya, tetap sama. 

Cukup-cukuplah buat cerita tu. 


3 comments:

Unknown said...

terbaik ^_^

Unknown said...

Pihak SPR jugak kena lebih cekap mengelak berlaku spekulasi. Jangan nampak lemah dan kemudian bagi ruang untuk orang pertikai itu ini. Security peti undi kena kuat. Jangan transfer peti undi dekat atas jalan raya, naik teksi, dll kerana rakyat membayar untuk yg telus. haha

R F ™ said...

Ya, mungkin itu yang perlu pihak SPR lakukan. Penambahbaikan dari segi keselamataqn peti undi. Walaupun, peti undi tu sudah selesai diambil kiraan,ia sepatutnya mendapat kawalan yang rapi supaya spekulasi seperti PRU13 ni tidak terjadi lagi.

Cuma dari segi pengiraan undi tu, pada pendapat saya, tak ada masalah kiraan, sebab pemerhati terdiri daripada ejen calon yang bertanding bagi setiap parti itu sendiri.
Jadi, jika berlaku kesilapan dalam kiraan, bermakna, ejen calon pun melakukan kesilapanlah. Sebab sudah pasti dia pun akan kira sama-sama dan catat kiraan tu. Dalam hal ni, saya rasa tak patutlah kalau petugas SPR yang dipersalahkan bulat-bulat, sedangkan ejen calon sendiri melakukan kesilapan. Itupun jika berlaku sebarang kesilapan pengiraan. Setakat ini, ejen calon sendiri pun sahkan kesahihan jumlah pengiraan. Jadi, di mana silapnya? :)