Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Monday, August 22, 2011

I said

Salam Ramadhan peeps! :)

Pejam celik pejam celik tinggal 7 hari je lagi kita nak sambut Syawal. Kalau ikutkan hari, dah masuk 7 likur. Tapi, satu pelita pun belum terpasang kat rumah ni. Hujanlah. Huhu. Kerja cat rumah pun belum settle lagi. huhu.

Ok, RF tahu sekarang ni memang tengah hangat kawan-kawan RF celoteh pasal Mr Right RF tu. (PERASAN kejap). Mesti korang baca dalam entry sebelum ni kan? Yeaahh, tak kesahlah. Kadang-kadang tu, kita tak bolehlah nak puaskan hati orang dan ikut kehendak mereka, bukan dia yang tentukan hidup kitakan? Kita sendiri yang membentuk ke mana arah corak kehidupan kita, dan yang pasti Allah SWT telah tetapkan segalanya. Apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan diiringi dengan tawakal padaNYA.

Then, sekarang RF sendiri cuba mencorak kehidupan RF. yahh, fer sure korang pun buat benda yang samakan? andd, of course korang ada matlamat yang perlu dicapai. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita nak capai matlamat tu. Tak semua orang bernasib baik dan tak semua orang bernasib tak baik. Semua orang cakap hidup ni macam roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Cuma masa yang menentukan. Jadi tak perlulah mengkritik dan menilai orang sesuka hati. Kita semua sama je.

RF cuma tulis apa yang terlintas dihati ni. Tak ada motif lain melainkan apa yang tertaip ni. HAHA. Hmm, sikap ni kadang-kadang buat kita gembira, suka, tertarik, tergoda. Dann kerana sikap juga buat kita benci, merana, terseksa dan segala TERRR lah. Semua orang ada perwatakan masing-masing. Memang tak boleh dinafikan kalau dah memang cara orang tu macam tu, tetaplah macam tu. Memang tak boleh ubah melainkan dia yang berusaha untuk mengubah diri dia sendiri, dapat NUR mungkin. HEHE. Dann RF ada terbaca satu artikel ni, penulis tu kata lelaki akan cenderung dan mula untuk berubah jika dia berjumpa dengan cinta sejati dan si gadis tu akan buat dia berubah daripada sikap yang negatif kepada positif. Great, right? Kalau cenderung kepada sifat-sifat optimis tu, Alhamdulillah dan harap tak jadi sebaliknyalah kan. ^o^

RF bukan nak cakap RF berjaya ubah Mr Right RF, tapi pada pendapat RF sendirilah. Kan lebih elok kalau dia jadi diri dia sendiri. Sebab ikut kata hati RF, kenapa kita perlu ubah orang mengikut kehendak kita sendiri? Bukan ke apa yang kita corakkan itu adalah pantulan diri kita?bukan diri dia. Dan nampaklah yang kita ni tak boleh terima si dia seadanya. It's merely an opinion. Just be yourself. Tak perlulah terlalu hipokrit semata-mata untuk memuaskan hati orang lain, sedangkan hati sendiri terseksa. Yahh, I admit sometimes hipokrit itu perlu. Huhu.


p/s : Then, sebab tu la ite selalu bagitau awak, ite suka awak sebab awak adalah awak  dan bukan yang lain.
Love you more && morre! :)

Friday, August 19, 2011

Mr Right :)

Salam Ramadhan people :)

Sekejap je rasa dah nak habis Ramadhan kan. Hmm, mesti sedih kan. T.T So, apa persiapan raya kali ni? Dah siap? RF belum lagi. Dah jadi rutin, beli baju last minute. Baru ada feel nak raya.HAHA

Dear, apa yang RIGHT tu yea? Huhu. Agak-agak? Ok, yess. I'm in love. FULLSTOP.
Tak kesahlah kalau one of you ada yang tak suka, yang penting RF suka. Mesti ada yang cakap RF ni gatal, miang && whatever la kan. So, thats why i wrote "Mulut orang memang senang && sedap bila berkata-kata, tapi dia tahu ke apa yang dia kata?" on my wall. Anddd, do I care?? Tiba-tiba nak EMO pulak RF ni.HAHA

Yeaa, macam mana pun dia, RF suka dia sebab dia adalah dia. :) 

Yupp, dia. :)
My "Abang Long Kang" HEHE

Ok, cukup-cukuplah pandang picture ni.

P/S : Happy Eid Al-Fitr ^o^

Tuesday, August 2, 2011

Entry untuk Capa!

Salam Eid, Capp! Salam Ramadhan, Lolitass.
HAHA

Ok, Capp. Aku sentap baca entry kau tu. Sedih tau kau buat entry macam tu. Huuaa~~
Betul, banyak kenangan kita kat kenanga tu. Even, kita baru kenal, tapi aku happy dapat housemates macam korang semua. Banyak benda kita hadapi bersama, lagi-lagi bila dah hujung sem. (ayat aku jiwang tak Capp?) HAHA

Kalau boleh, aku pun tak nak pindah Capp. Aku usahakan untuk tak pindah. Aku cuba, sebab sekarang ni macam ada masalah sikit nak pindah tu. Sewa mahal, budak-budak aku semua tak setuju kitaorang kena pindah situ. HAHA. Aku pun,Capp. Kalau pindah situ habislah budget COOLBLOG aku, Capp. T.T
Nanti tak dapatlah aku bawak kau merempit semata-mata nak beli Coolblog! Sobb2~~

Capp, kalau aku pindah nanti tak dapatlah aku nak terjah bilik kau, gossip-gossip. T.T
Tak best la macam tu. Nak story mory. =.=
Even, awal sem dulu aku macam tak banyak cakap dengan korang kan. Tapi, aku tetap nak cakap.
Cuma masa je jealous dengan kita kan?kan?
Kalau time ada kelas tu, pagi memang susahlah nak nampak muka. Malam kang barulah aku balik, dapatlah berbual kejap. Kecoh 1rumah tu kan.

Tapi aku lebih suka hujung minggu! Masing-masing dengan perangai dia. HAHA Dah tengahari baru bangun, dengan muka lapar. Nasiblah ada Chitot, selalu ugut kita nak makan kan? So, terpaksalah pinjam motor Siti, pegi pasar kejap beli lauk.
Balik, aku dengan Chitot masak, Kau && Ina buat air, Erni && Aina tolong kemas-kemas.Pastu kita makan ramai-ramai. Sedapnya. Aku rindu time tu! Kalau dah malas sangat nak masak, masing-masing keluarkan MAGGI! HAHA, tak senonoh betulkan kita. :P Iye lah, time stok maggi banyak boleh lah kan.

Petang-petang sikit, kalau hari Sabtu tu, layan Bollywood TV3 sama-sama sambil makan biskut cicah air Teh O kalau kaya sikit adalah air Milo kan. Tak pun kalau rajin tu datang, adalah cengkodok bilis, fries ataupun nugget && agak-agak terlebih kaya, order McD delivery. Ini dah kira malas && lapar tahap dewa. =.=' HAHA



Kalau dah terlebih rajin tu, sibuk duk buat makan banyak-banyak, ajak kaum kenanga makan kat depan playground tu. Saja buat bising. HAHA. Menyirap je jiran-jiran lain kan.

Nasi lemak!


Time belajar tu bila ekk?HAHA. Macam tak ada je kan? Kalau nak nampak time belajar tu, bila masing-masing ada quiz, test && final je la. Adoii.

Cuma ada yang kita tak pernah buat sama-sama!
bergambar && hang out
Over night lagi lah tak pernah. Wayang jangan cakaplah kan. T.T

kat dalam lappy aku ni punyalah banyak gambar, tapi gambar kita berenam 1 pun tak ada kan? Sobb2~
Ok, naik sem ni aku janji yang kita plan nak berkayak, wall climbing tu semua on!!
Kita hang out sama-sama.

Capp, kalau aku pindah nanti sapa nak ajar aku pakai pashmina macam Hanna Tajima tu? Sapa nak jadi TAIKO aku? SIFU aku?
Aku tak nak pindahlah.
Tak jadi ok?

p/s : Rindu korang semua! >.<

HARI-HARI YANG AWESOME (part 2)

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Hollas Lolitass!

Macam mana Ramadhan tahun ni? Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita, InsyaAllah. :)
Ok, RF nak sambung entry yang sebelum ni. Hari-hari yang awesome la kononnya kan. Title je nak lebih. =.='
Oraitt, after RF settle kan CLEARANCE RF di UiTM JOHOR tu, RF bergegas balik Melaka. Tiket pukul 5.30 petang! Buat kali terakhirnya RF pilih untuk pergi ke bus stand Segamat menaiki "AVANZA KUNING"!! HAHA Mesti korang bayangkan Toyota Avanza warna kuning kan? Dah macam BERSIH pulak. Ok, tidak sama sekali!Avanza Kuning tu merujuk kepada BAS SEKOLAH!

Ya, inilah yang RF maksudkan. =.=
Kenapa Avanza Kuning, RF pernah cerita dalam entry sebelum ni.
Cuba scroll ke bawah dan cari entry tahun 2009. >.<
Ok, memang dah lama sangat. HEHE

Back to the story, RF sampai kat bus stand tu pukul 5.00petang. So,ada setengah jam je lagi nak tunggu bas MARA LINER! After 30 minutes, kelibat bus MARA Liner pun tak ada! Ohh, "aku kena tinggal ke?"
Dah la nak cari bas ke Melaka pun susah kat Segamat tu. RF cuba ringankan mulut, tanya dengan sorang aunty (India), 

RF : "Aunty tunggu bas MARA ke?"
AI : "Ya, ini sudah 10 minit lambat. Saya dah tunggu 1jam, tapi bas tu tak ada juga. Melaka dekat mana?
Saya nak balik Taman Merdeka, rumah anak saya."
RF : "Ohh,saya nak balik Taman Kenanga."
Ada juga kawan, RF ingatkan kena tinggal. Huhu. Pukul 6.07petang barulah bas tu sampai! Lambat sungguh! 

Then, sampai di MC, solat && cari lilin. HAHA. Ok, fine. Memang rumah sewa RF tak ada current. Huhu
Maklum la, dah cuti ni kan. Current pun cutilah, tak balik membazir tau. Jimat.
Mula-mula tu risau juga nak duduk rumah sorang-sorang, dah la gelap gelita. Tapi, RF cuba beranikan diri yang kurang berani ni. Akibat terlalu bosan dan kepenatan, RF pun tidur dengan lenanya.HAHA


Next day, RF selesaikan hal-hal yang sepatutnya. Petang tu, katanya TNB nak hantar orang untuk sambung balik current. Tapi, entah apa yang dia betulkan agaknya. Rumah tu belum ada NUR! Sekali lagi RF bergelap. Dengan bateri phone yang low. Sobb2~~ T.T (sedih tau ite) 

Niat hati nak swimming, tapi disebabkan nafsu tidur tu lebih menguasai diri. Terpaksalah cancel, lagipun tak ada geng. Dan dengan ehsan CAPA, aku makan kau punya cereal buat breakfast. HEHE. Thank you Capaa. :P

Before balik BP, sempat juga RF round bandar Melaka kejap dengan adik-adik. Then, tersinggahlah dekat Padini DP. Tengah asyik pilih baju, ada sorang lelaki (Xman) && boleh tahan hensem datang dekat. Dia sapa adik lelaki RF (mizi).




Xman : "Assalamualaikum, bang. Nak minta tolong sikit boleh? Nak pinjam dia(RF) sekejap."
 Mizi : "Waalaikumussalam, hah? Ada apa?

RF terkejut && bulat biji mata tengok lelaki tu. Ohh Emm Gee! =.=

Xman : "Ehh, tak. tak. saya nak minta tolong ukurkan saiz baju ni, sebab badan dia lebih kurang awak. Boleh tak kalau pakai baju ni sekejap?"
RF : "Ohh, tak pe, muatlah baju ni. Tak payah try."
Xman : " Ke awak nak charge? Saya boleh bayar."
RF : "Ehh, tak pe. Tak pe. Ok,saya cuba"

RF pun pergilah fitting room, dan sayangnya ramai gila yang Q. Iye la, tengah sales! HAHA. So, tak jadilah try baju tu. Adik RF cakap Xman tu nak bagi baju tu pada isteri dia. Ok, fine, dah berpunya rupanya. (gatal) HAHA. Sweet kan dia belikan isteri dia baju. @.@ Nak suami macam tu boleh? HAHA.

HARI-HARI YANG AWESOME RF berlalu begitu sahaja. Nothing special, tapi inilah yang RF nak share dengan anda. Huhu. Keep reading ya.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.





Saturday, July 30, 2011

HARI-HARI YANG AWESOME! (part 1)

Salam Si Gojess dan Si Handsomess! ^o^

Wahh, kali ni hari-hari RF memang betul-betul AWESOME! Nak tau? HAHA. Hari Rabu hari tu RF pergi SEGAMAT! Iye lah, kan RF dah janji dengan kawan-kawan RF kat sana yang RF nak jenguk diaorang! Asyik postpone je, at last sampai jugak! Alhamdulillah.

Tapi the main purpose RF pegi sana sebab nak buat CLEARANCE! Ok, bukan clearance bilik! Itu RF dah buat dah before balik cuti sem part 3 diploma. Ini clearance untuk TAMAT PENGAJIAN! Untuk diploma sahaja, degree barulah merangkak ni. Huaaa~~ T.T

Ok, RF pegi Segamat tu adik RF yang hantar. Nak bawak kereta tu, tidaklah kan. Abah RF tak percaya sangat kalau RF bawak lama-lama. =.=' Ok, fine. Sebelum sampai Segamat, singgah kejap dekat Tangkak! HAHA. Cari Nasi Ayam, dah lama tak rasa Nasi Ayam Black Pepper Tangkak tu! Sedap!Kalau dulu, setiap kali nak balik Segamat, mesti singgah situ. Plus, Nasi Ayam memang favourite RF. Ohh.

Sampai je kat Segamat, RF terus pecut pegi bus stand. Beli tiket balik Melaka, barulah pegi UiTM JOHOR! Wahh, dah lama tak jejakkan kaki di situ. Rindunya. :') Masa nak masuk gate UiTM tu rasa was-was, sampai RF pusing balik sebab fikirkan nak bagi alasan apa pada PAK UK! (Unit Keselamatan). Ok, RF **tertipu. RF cakap kat PAK UK tu, RF nak hantar barang pada cousin! Nasib baik ada cousin kat situ. So, lepaslah. HEHE. Then, terus pegi bilik Lela. Menginap di situ secara HARAM! Ohh. **Ade aku kesah?HAHA. Bukan selalu pun kan.

Kebetulan hari tu, Ex Classmates RF ada buat Marketing Day. So, AsixthRIAN ada buka booth, nama booth tu AsixthRIAN STALL! Huhu,terharu RF. Sebab nama AsixthRIAN tu, RF yang letak! Sempena nama class 

ACD1A6 --> Asixth + RIAN

Memang seronok tengok mereka berniaga, ini pun sebab projek MKT diaorang. AsixthRIAN STALL jual keropok lekor, murtabak maggi, tempe goreng && apa nta lagi satu. RF tak ingat nama dia. sorry.
Tahniah AsixthRIAN! sebab business korang dapat PROFIT! Great,right? 1 hari jual dah dapat RM600++. Alhamdulillah. Korang memang terbaik!

Shafika Joha, memang hobi dia ni. Orang kuat dan orang rajin Asixth. :)

Muhana (Moon), Orang kuat juga :)

Mereka sangat unite kan? Itu yang RF sayang sangat kat Asixth! Dorang akan buat semua kerja sama-sama, even nak makan sekalipun. T.T

 Foreign Guests! Tersenyum simpul Dude(kanan). Bangga dapat payungkan awek omputih.HAHA

Paji, Miss Haniza (lecturer BEL masa part 1) && Dude.
Lecturer paling sporting! Miss you, Miss. :)

Mereka memang rajin. Rindu semangat Asixth yang sentiasa berkobar-kobar buat kerja.
Sampai ada baju Angry Bird tu semata-mata untuk Marketing Day ni. Nak jugak!Jealous =.='

Asixth with MKT's lecturer.

Ini memang aksi wajib mereka. Korang best!
Setiap kali tengok gambar ni, RF mesti gelak. Betapa happening nya mereka. :)

Bahagianya mereka :)

Gambar-gambar inilah bukti dan sebab kenapa RF rindu && sayang sangat pada UiTM JOHOR! Mereka sangat gembira, even kena marah dengan lecturer FAR. Mereka tetap cool.HAHA
Kerjasama! ya, itu yang RF rindu dari mereka.
Semangat setia kawan! Memang tak dapat dinafikan, semangat tu terlalu kuat dalam Asixth! Kawan sakit, diaorang ramai-ramai hantar pegi klinik. Makan durian pun sama-sama, sanggup tu pegi Muar semata-mata nak makan durian kat rumah Paji!

Wajah gembira dapat makan durian. HAHA








Ok, sayang korang! FULLSTOP!



Monday, July 25, 2011

Tunang?

Salam, Hollas My Leb-Leb!

Ok,semangat jari jemari nak sudah kembali! Ohh, tidakk! Mungkin jari ni dah kurang kerja kot. =.=' Orang selalu cakap, mulut orang jangan percaya. Tapi sekarang bukan mulut yang cakap, tapi jari. So korang percaya tak? HAHA. Cuba bayangkan mulut tu banyak macam jari! Ohh, pekak telingakan! Mana satu yang nak dengar? Mana satu betul? Sedangkan 1mulut pun tak boleh nak kawal, 1mulut ni jugaklah ternak bergunung dosa. Ya Allah, Na'uzubillah.
 

Ohh, sememangnya jari ni tak boleh nak kawal bila nampak keyboard. Semua benda nak tekan! Dah lari tajuk dah ni. Enuff Miss Fingers!

Nampak tak tittle RF tu? Yelah, tunang! TUNANG **(perlu ke bold ni?) HAHA. Ok, memang tunang. Tapi bukan pasal RF lah. Pasal kawan RF. Dia dah nak tunang dah! Wahh, tahniah! Hmm, inilah jodoh kan. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya awak kembali juga pada si dia. Alhamdulillah. Semuanya tak boleh dijangka. Kalau dah Allah tentukan, perang besar macam mana sekalipun, kalau itu jodoh awak, itulah jugak. Walaupun masih belajar, tak salahkan. Itu lebih baik. Apa-apa pun,Tahniah! Tak sangka.Tup Tup dah nak tunang! Wahh. wink wink~ (aku pulak yang gatal) =.='


 
Alhamdulillah, semoga berkat pertunangan ni menguatkan lagi ikatan suci dua hati. **ayat aku!HAHA.
Tapi trend zaman sekarang, tunang pun duit nak kena ada. Kalau tak berKEPOK tu, harapanlah. Ye lah, mana taknya. Cuba tengok, sekarang bertunang pun dah ada PELAMIN! 
 
 
Cantikkan? Macam orang kahwin pulak. Tak-tak RM3,000 mesti ada dalam tangan untuk pelamin tu. Itu baru pelamin je. Belum hantaran, makan, baju && etc. Ok, kalau macam ni RF nak kena cari sponsor la. anyone?Hee~ Yela, bukannya selalu pun kan, seumur hidup sekali. Tapi kalau tunang banyak kali tu? HAHA. Jangan cakap tunanglah, kahwin tu pun sama jugakkan?

Kalau nak diikutkan kawan RF ramai juga yang dah kahwin, dah ada anak lagi. Cepat betul masa berlalukan. Dulu kat sekolah, kawan RF tu macam anti lelaki je RF tengok. Tapi, dengar cerita dia yang kahwin dulu. HAHA. Kuasa Allah, kita tak tahukan. Dah sampai seru dia. Alhamdulillah. Semoga korang bahagia. Amin.

Bila cakap pasal tunang ni, memang tak lari dari dugaankan? Even before tunang pun dah bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi, lagilah tunang && of course la bila di alam rumah escalator. Fuhh~~ 
Kesabaran tu sangat-sangat penting! Kekuatan fizikal && mental juga kena cukup untuk kekalkan ikatan suci tu. Silap langkah, memang padah. Kalau tengok orang dulu-dulu, lagilah. Jodoh semua parents yang pilih. Tau-tau je dah kahwin? Ehh. Lagilah kan. Tapi, atas dasar itu jugalah jodoh mereka berpanjangan, bahagia. Kan? Anda prefer mana? Parent's choice or yours? Mostly, yours right? HAHA, jangan tipu.

Kalaulah RF diberi pilihan, RF pun nak juga impikan satu majlis yang gilang gemilang. Kalau boleh nak jemput semua orang. Hoii,hoii orang kampung jemputlah datang!HAHA. Lepas tu, RF nak minta hantaran ikut tarikh birthday RM 27,119.10 (macam kena tambah lagi 1 angka je)HAHA. Ya lah, siapa yang tak nak majlis gilang gemilangkan? Kenduri 7hari 7malam. Macam fairytale punya majlis. Itulah saat paling bahagia, permulaan sebuah ikatan yang sah.Demand kan? Habislah lepas ni, semua orang lari tak nak kawan dengan RF. Huhu. Tapi itu semua angan-angan je. Adalah lebih elok kalau kita bersederhana. Kan?kan? =.='
Tak perlulah nak lawan orang ni, lawan orang tu, majlis siapa lagi besar. Tapi, at last, gaduh, cerai! Ya Allah, minta dijauhkan.

Opss! dah masuk cerita kahwin pulak. Kan dah cakap, jari jemari ni memang pantang nampak keyboard! Kalau dibiarkan, habis semua cerita munakahat keluar kat sini. **tiba-tiba salahkan jari. =.='
Cukuplah sampai sini, kalau tak ada jugak mengarut sampai pagi! >.<

By the way, tahniah kawan! Tak sabar pulak nak tunggu hari indah kamu tu. Hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya berjalan lancar. Aminn. I'll be by your side, dear.
^o^


Tuesday, July 19, 2011

DOLLY, DOLLY! ^^

Salam, Hollas My Dears!
http://matcuoi.com


DOLLY! DOLLY!
Yess, saya dah pandai buat DOLLY.
Walaupun nampak agak kaku, tapi puas hati jugaklah.


Cuba tengok. Hee~
Tadaaaa~


Agak messy sikitkan?
Baru belajarlah. HEHE
Penat taukk hadap lappy sebab nak siapkan benda alah ni.
http://matcuoi.com
 Ok, nak bagi nama dia apa ya?
Dolly Lolly?HAHA. macam hodoh je bunyi. http://matcuoi.com
HAHA.




p/s : Saya rasa saya sukalah. Hee~http://matcuoi.com