Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Friday, October 30, 2009

.sepi.

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru..
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG..
pelajar : "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
cikgu : "ok, kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas,"
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya..
cikgu bertanya : " kenapa tiada rumput yang dipilih?"
pelajar : " tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke hadapan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik. tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik."
cikgu : " ya, itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. mahupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..

1 comment:

..:: 公主FaRRaH::.. said...

eyh, i ade msg ni...
siap ade music ag...
so cuwet...
=)