Mainan Minda, Suara Hati, Jalinan Jari

mySOOPA DOOPA VVIP

Saturday, November 27, 2010

terjumpa pulak!

huhu.gatal sangat tangan ni sampai la terjumpa pictures masa dinner kolej ari tu.
masa tengah jalan tiba2 budak2 ni tarik suh amek gamba ngn dorg.
so macam2 la aksi yang xsengaja keluar!HAHA
macam2 ragam!


Friday, November 26, 2010

tarikh itu

HAPPY BIRTHDAY girl!!
thnx a lot kepada mereka yang wish birthday saya! semoga Allah saja yang balas jasa baik anda.
sekarang saya dah 19 TAHUN! yeay! (pikir dah besaq sangat la)
hmm,xda apa yang boleh dikatakan melainkan bersyukur dengan kurnian Allah SWT kerana beri saya peluang untuk terus hidup sehingga ke hari ini.Alhamdulillah.

ape azam baru?HAHA.alamak!macam xde!(huhh,xberwawasan langsung!)
huhu ^^ saya xmintak banyak,cuma saya berharap agar dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,jadi anak yang solehah dapat balas jasa mak & abah,berjaya di dunia dan di akhirat juga!amin~

Ya Allah,Kau ampunilah segala dosa ibu bapaku,ampunilah segala dosa-dosaku, keluargaku, adik2ku,rakan2ku,guru2ku,dan mereka yang masih hidup dan telah meninggal dunia. satukanlah hati kami ke arah menyintaiMu Ya Allah,mensyukuri nikmatMU serta mentaati perintahMu.Kau barkatilah hidup kami,rahmatilah hidup kami Ya Allah.berlah taufiq dan hidayahMu kepada kami.tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Jauhkanlah kami dari gangguan syaitan yang direjam.Sesungguhnya,hanya kepadaMU kami bermohon dan berserah Ya Allah.Kau kuatkanlah imanku,teguhkanlah pendirianku,permudahkanlah segala urusanku.Amin~amin~ Amin Ya Rabbal Alamin.


sejak jadi pesakit ni,rasa macam puteri pulak!HAHA,mana tak nya.mak & abah layan saya macam baby!HEHE.adik-adik mula jeles tengok saya,lagi2 bila mak sapukan bedak dimuka saya!mandikan saya,pakaikan baju!yaww~~
tidur dengan saya.bukan ape,takut la pape jadi nanti sebab sejak sakit ni saya selau gelap mata! owhh

opss,terlajak cerita pulak!
yeay!BUBUR AYAM!
kenapa dengan bubur ayam??
fuhh~~sedap taw!
sejak bila pulak saya suka makan bubur ayam ni??
HAHA,bukan bubur ayam Mc D tu.
sejak sakit ni,mak hari2 masakkan saya bubur ayam!
memang sedaplah!maklumlah,makanan orang sakit.
fuhhh~~~
bertambah2 saya makan,lagi2 bila makan dengan ikan bilis goreng!
memeang syokk~~
yaww!!
<3>

Sunday, November 21, 2010

Alhamdulillah,selamat.



20 november 2010

tiba2 je perut sakit.saya xdapat tido dengan nyenyak.sakit yang teramat sangat tapi saya cuba sedaya upaya untuk bertahan.lepas azan subuh je, saya terus kejut mak & abah. lepas solat diaorang terus bawak saya ke hopital.

memang xdisangka,ingatkan sakit perut biasa je.tiba2 kena tahan kat wad.HAHA, padan muka!lepas nurse ambil darah & masukkan air,kena tunggu kejap settlekan hal pendaftaran ke wad. sampai kat wad je,ade pulak doktor hensem check! HAHA,(gatal betul).saya kena puasa!sebab saya kena operate!lepas kena injection ubat tahan sakit,tiba2 badan rasa lemah sangat.sorang nurse suh tukar baju bedah!owh!macam mane nak tukar?nurse tu xtolong pun.tp saya cuba kuatkan diri berjalan ke bilik air & tukar baju. tiba2,gelap mata!xnampak pape pun.Ya Allah.saya nak pengsan time tu.lama jugak saya sandar kat dinding toilet tu,setengah jam!dengan keadaan macam tusaya cuba keluar.nasib baik mak dah sampai!mak tolong papah saya.

nurse pun kelam kabut tengok saya macam tu,mula lah diorang amek itu ini nak check saya.HUHH~ xsamapi bape minit orang dewan bedah panggil saya!
takut pun ade jugak!tapi saya cuba untuk tenangkan diri!insyaAllah semuanya ok.

sampai dewan bedah,saya nampak abah.abah bagi semangat kat saya.doktor pun dah terangkan kemungkinan yang bakal berlaku semasa dan selepas pembedahan tu.saya redha.takawal.doktor pun nampak EXCITED nak bedah saya!owhh!!HAHA. dari pukul 12.15pm samapilah 2.10pm. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.

sedar2 je saya terus mintak air,tapi nurse tu xbagi.dia kata saya kena puasa dulu. :( sedih sangat time tu. lepas tu saya terus xsedarkan diri.
sampailah pukul 6 lebih,mak kejut saya.dah nak magrib time tu.saya hanya mampu buka mata je.nak bangun xboleh.hmm.

21 november 2010

pagi ni pun saya xboleh tidur,menahan kesakitan. lamanya nak tunggu jam tu bergerak!baru pukul 3pagi.apa yang saya boleh buat bangun.tidur.bangun.tidur!

Alhamdulillah,doktor benarkan saya balik!alhamdulillah,sekarang saya dah boleh berjalan,itupun ke papah.HEHE.xpe la,lama2 ok la.
doakan saya cepat sembuh ye kawan2



:)

Thursday, November 18, 2010

beautiful blogger award

haha, 1st time saya dapat award macam ni. tak pernah tau pun pasal ni. thnx to FARRAHLINA for this award.

apa yang perlu saya buat lepas dapat award ni??
hahh?
owh.

1. thanks the person who gave you the award and link the person.

terima kasih sekali lagi kepada FARRAHLINA kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang BEAUTIFUL BLOGGER AWARD.

4rahbcukcomey.blogspot.com

2. Spread the words to 15 blogger you like and you think their blogs are awesome.

hehe,sekarang tiba masa untuk saya pulak yang pilih pemenang BEAUTIFUL BLOGGER AWARD.

4rahbcukcomey.blogspot.com
chikorm.bolgspot.com
ierasyahira.blogspot.com
nrsymmbtmzln5291.blogspot.com
nizzytoinktoink.blogspot.com
shahnorsuzaini.blogspot.com
drysyaxiqa.blogspot.com
azagaijin.blogspot.com
lelamylife.blogspot.com
faeezan.blogspot.com
malutapigeram.blogspot.com
alamirulakmal.blogspot.com
farmeismail.blogspot.com
miezaabdol.blogspot.com
doubletriple-f.blogspot.com

3. tell 7 things about yourself

gila2
kuat berangan! HAHA

tak suka bercakap bila bercakap

tegas (dalam hati tanam taman) ^^

suka memerhati! (awas)

puitis (kadang2)

penyayang! (jgn xpercaya)



so, tahniah kepada mereka yang berjaya! :)

Tuesday, November 16, 2010

kekasih pilihan

hayati

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Lelaki C: Assalamu'alaikum.

Alice: Wa'alaikumsalam. Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

Sunday, November 14, 2010

.kisah saya,dia,kita dan mereka.

owh,sebagaimana tmatnya paper costing,MAF22o pagi tadi,tamatlah juga pengajian saya buat sem ni.HAHA,tahniah!selamat tinggal PART3! welcome PART4! dah BESAR sangat ke??? (adehhh). ^^

dukasuka part3 yang sentiasa terpahat dihati. duka kita,sama dilalui. suka kita, sama diingati. teman, terima kasih untuk segalanya. andaikata,tersilap kata,terkasar bahasa,terguris JIWA,terCAKAR hati,mohon dimaafi. tunduk maaf,susunan jari memohon SORRY atas khilaf yang diperlakui.

sahabat,engkaulah pengubat, dikala ku kesepian dalam kedukaan. kehadiranmu amat bermakna, memBINA sejuta bangunan MEMORI indah kita bersama. terima kasih sahabat.

kawan, walaupun hanya berAKSI sebagai penghibur dikala GEMBIRA, kehadiranmu memBAWA tawa didalam sunyiku walaupun seketika. terima kasih atas kesudianmu berLAWAK JENAKA bersama. cukup indah kenangan itu bagiku.

kasih, kehadiranmu tidak kujangka. ketulusanmu tidak ku duga. keikhlasanmu ku sambut ceria. terima kasih atas semangat yang engkau berikan. semangat itu akan ku genggam bersama menuju kejayaan yang sama kita impikan.

terima kasih teman
terima kasih sahabat
terima kasih kawan
terima kasih kasih

kerana menjayakan misi SEMESTER ini! salah dan silap harap dimaafi.
insyaAllah,semester hadapan ketemu lagi.

mengarut sudah malam2 ni.
^^


Wednesday, November 3, 2010

sekadar mengingati


sebelum tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.